Nabi
SAW bersabda :-
ثلاثة لا ينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة: العاق لوالديه، والمترجلة،
والديوث. رواه أحمد والنسائي
Ertinya : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada
bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka
kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki
DAYUS” ( Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih :
Ghayatul Maram, no 278 )
Dalam
sebuah hadith lain pula :
ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ – تَبَارَكَ وَتَعَالَى – عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ
الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه
أحمد والنسائي .
Ertinya : Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang
ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan
maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya” ( Riwayat Ahmad )
Sabda Nabi :
–
وعن
عمار بن ياسر عن رسول الله قال ثلاثة لا يدخلون الجنة أبدا الديوث والرجلة
من النساء والمدمن الخمر قالوا يا رسول الله أما المدمن الخمر فقد عرفناه
فما الديوث قال الذي لا يبالي من دخل على أهله
Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW
berkata : ” Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si
DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak”
lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang
yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : “IAITU
ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA
(ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) – ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid,
4/327 dan rawinya adalah thiqat)
Dari hadith di atas, kita dapat memahami bahawa maksud lelaki DAYUS
adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil
endah dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah
sebahagiannya membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipegang
dan dipeluk oleh sebarangan lelaki lain.
Pernah juga diriwayatkan dalam hadith lain, soalan yang sama dari sahabat tentang siapakah dayus, lalu jawab Nabi:
قالوا
يا رسول الله وما الديوث قال من يقر السوء في أهله
Ertinya : Apakah dayus itu wahai Rasulullah ?. Jawab Nabi : Yaitu
seseorang ( lelaki) yang membiarkan kejahatan ( zina, buka aurat,
bergaul bebas ) dilakukan oleh ahlinya ( isteri dan keluarganya)
Penerangan Ulama Tentang Lelaki Dayus
Jika kita melihat tafsiran oleh para ulama berkenaan istilah Dayus, ia
adalah seperti berikut :
-
هو الذي لا يغار على أهله
Ertinya : “seseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman)
terhadap ahlinya (isteri dan anak-anaknya) (An-Nihayah,2/147 ; Lisan
al-Arab, 2/150)
Imam
Al-‘Aini pula berkata : “Cemburu lawannya dayus” ( Umdatul Qari, 18/228
)
Berkata pula An-Nuhas :
قال النحاس هو أن يحمي الرجل زوجته وغيرها من قرابته ويمنع أن يدخل عليهن
أو يراهن غير ذي محرم
Ertinya : cemburu ( iaitu lawan kepada dayus ) adalah seorang lelaki itu
melindungi isterinya dan kaum kerabatnya dari ditemui dan dilihat
(auratnya) oleh lelaki bukan mahram ” (Tuhfatul Ahwazi, 9/357)
Disebut dalam kitab Faidhul Qadir : فكأن الديوث ذلل حتى رأى المنكر بأهله فلا يغيره Ertinya : Seolah-olah takrif dayus itu membawa erti kehinaan (kepada si lelaki) sehingga apabila ia melihat kemungkaran (dilakukan) oleh isteri dan ahli keluarganya ia tidak mengubahnya” ( Faidhul Qadir, 3/327 )
Imam Az-Zahabi pula berkata :- فمن كان يظن بأهله الفاحشة ويتغافل لمحبته فيها فهو دون من يعرس عليها ولا خير فيمن لا غيرة فيه Ertinya : Dayus adalah sesiapa yang menyangka ( atau mendapat tanda) bahawa isterinya melakukan perkara keji ( seperti zina) maka ia mengabaikannya kerana CINTAnya kepada isterinya , maka tiada kebaikan untuknya dan tanda tiada kecemburuan ( yang diperlukan oleh Islam) dalam dirinya” ( Al-Kabair, 1/62 )
Imam Ibn Qayyim pula berkata :- قال ابن القيم وذكر الديوث في هذا وما قبله يدل على أن أصل الدين الغيرة من لا غيرة له لا دين له فالغيرة تحمي القلب فتحمى له الجوارح فترفع السوء والفواحش وعدمها يميت القلب فتموت الجوارح فلا يبقى عندها دفع البتة Ertinya : Sesungguhnya asal dalam agama adalah perlunya rasa ambil berat (protective) atau kecemburuan ( terhadap ahli keluarga) , dan barangsiapa yang tiada perasaan ini maka itulah tanda tiada agama dalam dirinya, kerana perasaan cemburu ini menjaga hati dan menjaga anggota sehingga terjauh dari kejahatan dan perkara keji, tanpanya hati akan mati maka matilah juga sensitiviti anggota ( terhadap perkara haram), sehingga menyebabkan tiadanya kekuatan untuk menolak kejahatan dan menghindarkannya sama sekali.
Dayus adalah dosa besar Ulama Islam juga bersetuju untuk mengkategorikan dayus ini dalam bab dosa besar, sehingga disebutkan dalam satu athar : لَعَنَ اللَّهُ الدَّيُّوثَ ( وَاللَّعْنُ مِنْ عَلَامَاتِ الْكَبِيرَةِ فَلِهَذَا وَجَبَ الْفِرَاقُ وَحَرُمَتْ الْعِشْرَةُ) Ertinya : Allah telah melaknat lelaki dayus ( laknat bermakna ia adalah dosa besar dan kerana itu wajiblah dipisahkan suami itu dari isterinya dan diharamkan bergaul dengannya) (Matalib uli nuha, 5/320 ) Walaupun ia bukanlah satu fatwa yang terpakai secara meluas, tetapi ia cukup untuk menunjukkan betapa tegasnya sebahagian ulama dalam hal kedayusan lelaki.
Petikan ini pula menunjukkan lebih dahsyatnya takrifan para ulama tentang erti dayus dan istilah yang hampir dengannya : والقواد عند العامة السمسار في الزنى Ertinya : Al-Qawwad ( salah satu istilah yang disama ertikan dengan dayus) di sisi umum ulama adalah broker kepada zina” (Manar as-sabil, 2/340 , rawdhatul tolibin, 8/186 )

Az-Zahabi menerangkan lagi berkenaan perihal dayus dengan katanya :-
الديوث وهو الذي يعلم بالفاحشة في أهله ويسكت ولا يغار وورد أيضا أن من وضع
يده على امرأة لا تحل له بشهوة
Ertinya : Dayus, iaitu lelaki yang mengetahui perkara keji dilakukan
oleh ahlinya dan ia sekadar senyap dan tiada rasa cemburu ( atau ingin
bertindak), dan termasuk juga ertinya adalah sesiapa yang meletakkan
tangannya kepada seorang wanita yang tidak halal baginya dengan syahwat”
(Al-kabair, 1/45 )
Nabi SAW bersabda : من سعادة ابن آدم المرأة الصالحة Ertinya : “Dari tanda kebahagian anak Adam adalah memperolehi wanita solehah ( isteri dan anak)” ( Riwayat Ahmad, no 1445, 1/168 )
Nabi SAW bersabda : من سعادة ابن آدم المرأة الصالحة Ertinya : “Dari tanda kebahagian anak Adam adalah memperolehi wanita solehah ( isteri dan anak)” ( Riwayat Ahmad, no 1445, 1/168 )
Diriwayatkan
bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi
قَالَ سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ : لَوْ رَأَيْتُ رَجُلاً مَعَ امْرَأَتِي
لَضَرَبْتُهُ بِالسّيْفِ غَيْرُ مُصْفِحٍ عَنْهُ ، فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ
اللّهِ صلى الله عليه على آله وسلم فَقَالَ : أَتَعْجَبُونَ مِنْ غَيْرَةِ
سَعْدٍ ؟ فَوَ الله لأَنَا أَغْيَرُ مِنْهُ ، وَالله أَغْيَرُ مِنّي ،
مِنْ أَجْلِ غَيْرَةِ الله حَرّمَ الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا
بَطَن.
Ertinya : Berkata Ubadah bin Somit r.a : “Jika aku nampak ada lelaki
yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku”,
maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa’ad tadi, lalu nabi
memberi respond : “Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama)
yang dipunyai oleh Sa’ad ? , Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil
endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu
dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara
keji yang ternyata dan tersembunyi.. ” ( Riwayat Al-Bukhari &
Muslim )
Sumber : Berbagai litelatur
Tidak ada komentar:
Posting Komentar